Air Kelantan Sdn. Bhd.(AKSB) sentiasa komited menerapkan budaya keutuhan dan integriti dalam aspek tadbir urus dan pentadbiran organisasi.
SESI LIBAT URUS KERJASAMA STRATEGIK SPRM KELANTAN BERSAMA SYARIKAT AIR KELANTAN SDN BHD (AKSB)
KOTA BHARU, 21 FEBRUARI 2024 – YBrs. Wan Adnan bin Wan Hassan, Ketua Unit HSE, Perhubungan Perusahaan & Integriti AKSB telah mengadakan kunjungan hormat ke SPRM Negeri Kelantan bagi mengadakan perbincangan bersama cadangan penganjuran Program Integriti dan Antirasuah serta permohonan potongan cukai oleh syarikat. SPRM Kelantan diketuai oleh PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kelantan
Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh PKPs Abdul Hakim bin Saadan bertujuan untuk menjelaskan tentang syarat dan prosedur permohonan potongan cukai di bawah Subseksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967 serta bentuk program antirasuah yang akan dilaksanakan kelak. Pengharapan SPRM melalui penglibatan komuniti luar dalam program antirasuah ini, penyebaran mesej antirasuah, ketelusan dan integriti melalui program kerjasama antara SPRM Kelantan dengan pihak AKSB akan meningkatkan nilai integriti masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah
Pihak AKSB juga melihat melalui kerjasama dengan pihak SPRM dalam melaksanakan program antirasuah dapat meningkatkan imej AKSB sebagai satu organisasi korporat yang komited untuk menyokong SPRM memerangi jenayah rasuah
Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Eksekutif Integriti AKSB dan PKPs Sri Haryani binti Mohamed, Pegawai Pendidikan Masyarakat SPRM Kelantan.
Kunjungan Hormat AKSB ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan - 26 Januari 2023
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik antara AKSB dan SPRM Kelantan khususnya serta meningkatkan persefahaman dalam merangka strategi kerjasama bidang integriti bagi memantapkan integriti kakitangan dan tadbir urus terbaik di AKSB.
Saluran Aduan/Maklumat Di Bawah Polisi Pemberi Maklumat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)
TUJUAN POLISI
- Menggalakkan mana-mana pihak untuk tampil memberi maklumat/ aduan berkaitan isu integriti dan rasuah;
- Memberikan jaminan perlindungan kepada mana-mana pihak daripada tindakan yang memudaratkan sekiranya hadir membuat aduan atau memberi maklumat; dan
- Supaya tindakan sewajarnya diambil kepada sesiapa yang terlibat.